
|
Commander!
Shouting!
Final Destination~ ![]() Tweets by @AzimmRawkk Credits Basecode: Nadya. Full edit: SitiSyuhadah Re-Edit by: Spartacus
| Something I had before...
![]() Dan terkadang kecintaan memelikkan kita. Mengapa mudah kita tertaut hati pada seseorang itu? Hanya pada pandangan pertama. Dan dulu seorang adikku selalu mengatakan itu padaku, Begitu mudahnya aku menyintai seseorang. Begitu juga dalam jalan dakwah ini. Kita akan mudah terjatuh cinta. Banyak kali Cinta pada mereka yang memberikan kita rasa faham ini. Dan cinta kepada mereka yang kita berikan rasa faham ini. Ia adalah tautan hati Yang sukar dimengertikan. Perasaan yang sukar Dinukilkan dengan lukisan kita Begitulah besarnya erti cinta pada dakwah ini. Ia menolak kehendak diri untuk memberi sebuah erti Jauh dirasakan dekat Sering bersama tidak mendatangkan kebosanan Ianya bahagia tiada tara! Ia mengajar erti untuk tidak berhenti dalam memberi Ia menolak diri untuk sentiasa mengorbankan diri demi insan yang baru sahaja dikenali kerana ikatan hati itu bertahkik pada cinta Ilahi ( aku dan dia, mengalami rasa yang sama; mudahnya hati ini tertaut dan menyukai manusia. Kerana itu, takutnya apabila dialirkan cinta itu pada yang bukan berhak) Kerana dakwah dan islam, sentiasa menyatukan hati kita,Menjadikan kita sentiasa jatuh cinta sesama kita,Setiap masa. Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat dan lakukan, kalau boleh kita mahu si dia mengetahuinya. Kita juga berusaha sedaya kuat mungkin untuk tidak mahu sakitkan hati si dia. Kita memerlukan si dia pada masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayang akan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. Segala masalah dapat diceritakan dan kalau boleh diselesaikan bersama. Kita suka akan dia kerana dia seorang yang baik budi pekerti. Dia pandai menjaga aurat dan batas pergaulan. Kalau boleh kita ingin sahaja terus mahu memiliki si dia secara halal. Ada sesuatu pada dirinya yang menarik minat kita untuk mendekatinya. Harta, paras rupa atau budi dirinya? Itulah minat sebenar terhadap seseorang insan. Tetapi kita kena ingat.. “Tanpa minat, suka dan sayang.. Kita tidak akan CINTA pada seseorang itu. Dan ingatlah juga, perasaan minat, suka dan sayang ini adalah perlu kita hamburkan sepenuhnya terhadap ALLAH sebelum kepada manusia..' |





